Sunday 3 January 2010

SoLaT DhUhA

SOLAT DHUHA

Lafaz niat :"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala,Allahu Akhbar "
"Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams.
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .

Berdoalah:" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu Kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu"." Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Firman Allah s.w.t. Untuk Manusia ,Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."(Al-An..am, 162-63)