Friday 22 June 2012

Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah

gambar orang dan budak berdoa, doa makbul
Bila Allah cepat makbulkan doamu….
Maka Dia menyayangimu….

Bila Dia lambat memakbulkan doamu…Maka Dia sedang mengujimu….

Bila Dia tak makbulkan doamu….Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan….
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya…

Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.
2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.
4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.

Tuesday 8 May 2012

Kekuatan Ruh Positif Dan Optimis


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah

1. Makhluk suci.
2. Dilahirkan dalam keadaan suci.
3. Mampu kembali lagi kepada kesuciannya.

Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia. Di dalam Al Qur’an, Allah swt menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS At-Tin : 4)

Islam juga mengakui bahwa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan. “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” (QS Al Isra’ : 70)

Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah penyebutan hati (qalbu) dengan istilah ‘nurani’ . Perkataan ini berasal dari kata ‘nuur’ yang ertinya cahaya. Jadi, ‘nurani’ bererti memiliki sifat cahaya. Oleh yang demikian, ketika kita menyebut ‘hati nurani’ sesungguhnya terkandung maksud bahwa hati kita itu memiliki kemampuan untuk ‘memberi cahaya’ atau ‘menerangi’ jalan hidup kita.

Oleh kerana itulah Rasulullah saw, ketika ditanya seseorang tentang cara untuk membezakan mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk, baginda menjawab ; “Tanyalah kepada hatimu!” Dari jawaban Rasulullah saw tersebut (bahwa hati kita memiliki kemampuan untuk menerangi jalan hidup kita), ulama’ tasauf sering menyebut hati sebagai “ad-diin” (agama). Maksudnya, agama yang ditanam di dalam diri manusia dan sangat bersesuaian dengan agama yang diturunkan dari langit iaitu ‘Al Islam’. Meskipun begitu, Islam juga memberi catatan tentang kelemahan manusia. “… dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS An-Nisa’ : 28)

Kelemahan manusia di sini adalah kelemahan jiwa. Manusia mudah tergoda untuk berbuat dosa dan mengotori kesucian jiwanya. Kelemahan inilah yang membuatkan manusia keluar dari asal jati dirinya sebagai makhluk yang suci dan mulia.

Dalam keadaan jiwa yang kotor dan penuh dosa, darjat manusia boleh menjadi lebih rendah dari binatang sekalipun. “… mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).

Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi….” (QS Al A’raf : 179) Kepada orang-orang yang “tersasar” dari asal jati dirinya, Allah swt memberi kesempatan dan banyak sekali kemudahan untuk membersihkan diri dari segala kotoran jiwa yang melekat.

Di antaranya ialah :
1. Istighfar (ucapan “astaghfirullah al-azhim”, aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Tinggi) yang boleh diucapkan bila-bila masa dan di mana sekalipun.

2. Kemudahan lima kesempatan dalam sehari melalui solat wajib.

3. Kemudahan mingguan dengan solat Jumaat. Bagi yang menunaikan solat Jumaat, sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw, Allah swt akan memberi ampunan dosa dari solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya.

4. Kemudahan yang paling bermakna adalah kemudahan tahunan iaitu Ramadhan! Sabda Rasulullah saw : “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan perhitungan, diampuni segala dosanya di masa lalu.” (HR Ahmad)


Begitulah Ramadhan, sesuai dengan erti namanya iaitu “pembakar”, Ramadhan membakar semua dosa-dosa seseorang muslim sehingga ia kembali kepada jati dirinya sebagai insan yang suci seperti ketika dilahirkan (fitrah).

Segala kemudahan berupa ampunan yang Allah swt berikan kepada manusia yang berdosa untuk kembali kepada fitrahnya adalah menjadi sebab bagi seorang pendakwah untuk tidak memberi alasan dari berdakwah kepada orang yang membangkang kepada Allah swt walaupun setingkat dengan Fir’aun sekalipun.

“Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Fir’aun kerana dia benar-benar telah melampaui batas; maka bicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lembah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut.” (QS Thaha : 42-43)

Begitulah keadaan Allah swt sepertimana sabda Rasulullah saw : “Allah mengembangkan tanganNya pada waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang melakukan keburukan di waktu siang dan mengembangkan tanganNya di waktu siang untuk memberi taubat kepada orang yang melakukan dosa di waktu malam. Hal itu terus berlangsung hingga matahari terbit dari barat (kiamat).” (HR Bukhari) “Allah lebih senang mendapati hambaNya yang bertaubat melebihi dari kegembiraan seseorang dari kamu yang kembali menemui haiwan kenderaannya yang penuh bekalan makanan setelah ia kehilangannya di padang pasir,” tambah Rasulullah saw. (HR Bukhari)

Oleh sebab itu, tidak ada dalam kamus seorang pendakwah, kalimat berikut : “Tinggal sahaja dia itu, dia sudah tidak boleh diubah lagi!” Ini adalah kerana seorang pendakwah hendaklah sentiasa memakai cermin mata ‘positif’ dalam memandang manusia walau siapapun dia selama mana sebutannya masih manusia dan belum masuk kubur, ia adalah makhluk yang suci, dilahirkan dalam keadaan suci dan mampu kembali lagi kepada kesuciannya. Jika kita meneliti Surah ‘Adh-Dhuha’, ia sesungguhnya memberikan pengajaran yang sangat mendalam tentang berfikir secara positif.

Di sudut lain, solat Sunnah Dhuha dianggap sebagai solat sunnah memohon rezeki. Jadi, apa hubungan dari semua ini? Erti Dhuha adalah saat matahari naik di pagi hari. Oleh kerana itu, waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan solat Dhuha adalah ketika matahari naik sepenggalah atau sekitar pukul 8 pagi. Surah ini dimulai dengan sumpah bermula dengan huruf ‘wau’ dan ‘dhuha’ sebagai objek yang digunakan untuk bersumpah.


Pendapat yang wujud di kalangan ulama’ terdahulu mengatakan bahwa sumpah Al Qur’an dengan ‘wau’ mengandungi makna pengagungan terhadap objek yang digunakan untuk bersumpah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan bahwa sumpah Allah dengan sebahagian makhlukNya menunjukkan bahwa ia termasuk tanda-tanda kekuasaanNya yang besar. Menurut Muhammad Abduh, sumpah dengan ‘dhuha’ (cahaya matahari di waktu pagi) dimaksudkan untuk menunjukkan pentingnya dan besarnya kadar kenikmatan di dalamnya.

Ia juga bererti pada saat matahari naik di pagi hari (Dhuha) dan pada saat sunyinya malam, ada rahsia penting tentang nikmat Allah di dalamnya. Mari kita renungkan satu persatu lanjutan ayat-ayatnya. “Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu” (QS Adh Dhuha : 3) Para mufassir sepakat bahwa latar belakang turunnya surah ini adalah lambat turunnya wahyu kepada Rasulullah saw. Keadaan ini dirasakan berat oleh Rasulullah saw, sehingga ada yang mengatakan bahwa Muhammad saw telah ditinggalkan oleh Tuhannya dan dibenciNya. Ayat ini memberikan arahan kepada Rasulullah saw agar tetap berfikiran positif kepada Allah swt dan tidak menduga-duga perkara yang negatif atau buruk seperti yang ada di dalam fikiran orang-orang munafik dan musyrik. “dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk…” (QS Al Fath : 6) Walaupun kehidupan kita berjalan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan, yakinlah bahwa hari-hari kemudian akan lebih baik dari hari-hari sekarang dan hari-hari yang telah lalu. “Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).” (QS Adh Dhuha : 4) Berprasangka baiklah kepada Allah swt yang akan memberikan kurnia dan rahmat yang besar di hari-hari esok dan JANGAN BERPUTUS ASA! “Sesungguhnya Allah mencintai sikap optimis dan membenci sikap putus asa” ( Al Hadits) Walaupun sepanjang hidup kita di dunia, sentiasa dalam kesulitan dan kesempitan, kita tetap berfikiran positif bahwa kelimpahan dan kenikmatan akan Allah berikan kepada kita di Hari Akhirat. Maka orang yang mampu berfikiran positif seperti itu tetap tersenyum bahagia dalam menjalani kesulitan kehidupannya di dunia. “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.” (QS Adh Dhuha : 5)
Sikap optimis dan yakin untuk bertemu Allah swt di hari Akhirat nanti dan mendapatkan limpahan kurniaNya yang tidak terkira, sungguh akan memuaskan hati kita. Kurniaan Allah kepada penduduk dunia adalah seumpama air yang menitis dari jari yang dicelupkan ke lautan, dibandingkan kurniaan Allah di hari Akhirat yang seluas lautan itu sendiri.

BAGAIMANAKAH CARA AGAR MAMPU BERFIKIRAN POSITIF? 
PERTAMA : Ingatlah akan semua nikmat-nikmat Allah yang jika kita hitung, tentu kita tidak akan mampu menghitungnya. “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?.” (qs Adh Dhuha : 6 – 8) 

KEDUA : Ingat dan renungkan betapa luasnya nikmat Allah kepada kita. Apakah nikmat Allah yang paling kita syukuri? Contohnya melihat kepada tulisan yang kita hasilkan yang melibatkan kerja berjuta-juta sel otak kita yang juga merupakan tentera-tentera Allah swt. Bagaimana jika sel-sel itu tidak bekerja? Marilah kita bersyukur dengan : a. Lisan. b. Fikiran. c. Perasaan. Nikmat sekecil apapun, dengan lisan, kita mesti ucapkan “Alhamdulillah” yang didukung dengan fikiran dan perasaan kita. Hulurkan rasa terima kasih yang tidak terhingga sebagaimana keadaan : 
1. Seorang pengemis yang berhari-hari kekurangan makan dan diberi makan oleh seorang yang kaya. 
2. Seorang pesakit yang sudah berbulan-bulan menderita sakit dan disembuhkan dengan bantuan seorang doktor. Yang Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih dari apa yang diberikan oleh orang kaya dan doktor di atas, namun mengapa kita lupa mengucapkan terima kasih kepadaNya?
Amat wajar jika Allah belum menambah nikmat kepada kita kerana nikmat-nikmat yang telah diberikan sebelum ini sahajapun belum kita syukuri sebagaimana semestinya. 

Walaupun ada kesulitan dan kekurangan dalam hidup kita, kurniaan dan limpahan nikmat dari Allah masih jauh lebih besar. Lihatlah ke bawah dan perhatikan : 
a. Orang-orang yang lebih susah dari kita. 
b. Orang-orang yang lebih sakit dari kita. 
c. Orang-orang yang lebih miskin dari kita.

Jangan selalu melihat ke atas. Melihat ke bawah akan : 
1. Menghaluskan jiwa. 
2. Melembutkan perasaan. 
3. Menghidupkan syukur. 
4. Mengubati tekanan hidup. 
5. Menghilangkan ketidakpuasan. 
6. Mengelakkan dari putus asa. 
Setelah bersyukur dengan lisan, fikiran dan perasaan, maka, syukur yang sebenarnya adalah syukur dengan amal. “Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.” 
(QS Adh Dhuha : 9 – 10) 
Seorang yang bersyukur akan memanfaatkan nikmat-nikmat yang diperolehinya untuk : a. Ibadah. b. Amal soleh. c. Perbuatan baik terhadap sesama manusia. Itulah yang dimaksudkan dalam ayat terakhir dari surah Adh Dhuha ini : “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.” (QS Adh Dhuha : 11)
Ya Allah, jadikanlah diri kami orang yang sentiasa berfikiran positif dan optimis terhadap segala janji-janjiMu. Sesungguhnya kami meyakini bahwa Engkau akan sentiasa menolong orang-orang yang membantu menegakkan agamaMu dan memperkukuhkan kaki-kaki kami terhadap musuh kami dan musuhMu. Ameen Ya Rabbal Alameen WAS

Wednesday 2 May 2012

Terdapat 20 perkara yang patut dijauhi. Perkara tersebut adalah seperti berikut :


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan kita seharian ada perkara yang perlu kita segerakan untuk dilaksanakan dan ada pula perkara yang perlu dijauhi dan ditinggalkan. Setiap perkara yang ditegah atau dilarang sebenarnya terdapat beberapa hikmah dan kebaikan samaada berbentuk luaran (fizikal)  atau dalaman (hati dan jiwa)
Description: Mengharap redha- MU

Pertama : Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: “Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya.” (Surah Al-Ma’un ayat 4-5).
Kedua : Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Perlu biasakan memakai selipar atau terompak bila masuk ketandas atau bilik air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil wuduk,  supaya najis tidak dibawa keluar bilik air.
Ketiga : Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.
Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasalam melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”
Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:
Kotoran yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbinng, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih utuh.
1.  Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2. Kotoran dan seumpamanya biasa terhimpun di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang  masih baik.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Adapun bernafas dalam air minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada air minum yang tidak disukai orang lain, terutama sekali orang yang bau mulutnya mengalami perubahan buruk. Pada dasarnya, secara umum nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut.
Justeru, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam menggabungkan antara larangan meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan dinyatakan sahih oleh beliau, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum.”
Keempat : Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.
Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Dari ‘Amr bin Syu’aib : ‘Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)
Kelima : Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, “Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang berbunyi:
‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat Subuh.
Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.”
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar.
Keenam : Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya:
“Rasulullah SAW  bersabda kepadaku:  “Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya:
“Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ‘Bismillahi awwalahu wa akhirahu.’ Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: “Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)
Ketujuh : Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.
Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.
“Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah”
maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)
Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.
Kelapan : Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan.  Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)
Kesembilan : Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman maksudnya :
” Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( Surah An-Nur ayat 30-31 )
Kesepuluh : Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Rasulul­lah SAW  bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesung­guhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Kesebelas : Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Rasulullah SAW  pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah :
“Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah).”
Justeru itu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT perlulah dibuat secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah di perbaharui dari masa ke masa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas dari dosa, samaada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang diketahui atau tidak atau lalai dalam menunaikan hak Allah dan manusia lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.
Kedua belas : Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Sifat orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan bersalah .
Di dalam surah al-Israk, firman Allah yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Israk ayat 23)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)
Ketiga belas : Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah  bersabda yang bermaksud,
” Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, “Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. ” Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya , “Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah.” Lalu Rasulullah SAW ditanya,” Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? “Jawab Rasulullah SAW ” Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).
Description: mengumpat
Keempat belas : Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Thalaq ayat 3).
Kelima belas : Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.
Rasulullah SAW bersabda:
“Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib)
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
“Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”(Hadis Riwayat Bukhari).
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)
Keenam belas : Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”
Ketujuh belas : Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
Kelapan belas : Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.
Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.”(Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan)
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”(Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)
Kesembilan belas : Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menuai memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran., anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusof ayat 87).
Sabda Nabi SAW maksudnya;
“Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya. “
Description: dunia - akhirat
Kedua puluh : Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lambah kebinasaan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”(Hadis Riwayat Abu Syeikh)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita tinggalkan dan jauhi 20 perkara keburukan semata-maat untuk mencari keredaan Allah SWT. Hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Pertingkatkanlah amal-amal soleh kita dan jauhi kemugkaran, maksiat, perkara subhat dan makruh supaya kita menjadi mukmin yang bertakwa dan dikasihi oleh Allah SWT.

Sunday 25 March 2012

Doa seorang isteri...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah segala dosa...-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji
Kau kuatkanlah smngtku untk mnempuhi sgla cbrnMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalh suami yg akn membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahknlh aku dgn sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sekiranyya suamiku ini adalh yg terbaik untukku,
Peliharalh tngkh laku serta kata2 ku dri menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabrn untk menghdpi segala karenah & ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkn bukn hnya untk diriku seorg,
Kau tunjknlh aku jln yg terbaik untk aku harungi..
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindhn duniamu,
Limphknlh aku kekuatnMu untk aku memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untk menari dirinya keluar daripada terus terlena..

Ya Allah,
Engkau yg Maha Mengetahui akn apa yg terbaik untkku..
Engkau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapn & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dlm membuat sebarg keputusn,
Bimbinglah aku ke jalan yg engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dlm mnjlnkn tngungjwbku sbgai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..

Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..

Kuatkanlh hati & semangtku,
Tabhkn aku menghdpi sgla cubaan dari Mu..
Jadiknlh aku isteri yg disenangi oleh suamiku..
Bukaknlh pintu hatiku untk menghayati agamaMu..
Bimbinglh aku agar mnjd isteri yg solehah..
Hanya pdMu Ya Allah ku pohon segla hrpn..
Krna aku pasrah dgn dugaanMu..
Krna aku sedar betapa hinanya diriku..
Krna aku seorg insan yg kerap keliru..
Krna aku leka dgn keindahn duniaMu..
Krna kurg kesabarnku mnghdpi cbrnmu..
Krna pendk akalku mnghrungi ujianMu..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku hnya ingn mnjd isteri yg dirhmti,
Isteri yg dikasihi,
Isteri yg solehah,
Isteri yg sentiasa di hati suami...

Amin amin Ya Robbal Alamin...

Tuesday 28 February 2012

Tips Supaya Cantik Sentiasa

“Sesungguhnya Allah tidak menilai kepada susuk dan rupa badan serta hartamu, tetapi Allah akan menilai hati dan amalanmu.” - (HR. Muslim) BERIKUT ADALAH TIPS SUPAYA CANTIK SENTIASA:-

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir.

2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an

3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya

4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya

5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain

6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.

7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah

8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH.

9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.

10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari.