Monday 22 February 2010

PenGerTiAn SolAt JaMak dAn QaSar....

Sembahyang jamak bermakna mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu. Jamak pula ada dua jenis iaitu:

1. Jamak Taqdim (yang didahulukan) iaitu mengumpulkan sembahyang Asar bersama Zuhur dalam waktu sembahyang Zuhur atau mengumpulkan sembahyang Isyak dan Maghrib dalam waktu sembahyang Maghrib.
2. Jamak Ta’khir (yang diakhirkan) pula ialah mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam waktu sembahyang Asar atau mengumpulkan sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu sembahyang Isyak.
Dalil disyariatkan jamak taqdim dan jamak ta’khir adalah sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu:

“Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan.” Ujar kami: “Baik.” Katanya: “Jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir (masuknya waktu Zuhur), baginda jamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) sebelum berangkat,
tapi kalau belum lagi tergelincir, maka baginda berjalan hingga nanti bila waktu Asar masuk
baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak ta’khir).
Begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, baginda jamaklah sembahyang
Maghrib dengan Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak itu.”
Dari hadis di atas dapat kita fahami sekiranya kita memulakan perjalanan setelah masuknya waktu Zuhur maka adalah disunnahkan kita melakukan sembahyang jamak taqdim yakni menghimpunkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam waktu sembahyang Zuhur. Namun begitu sembahyang tersebut tidak diqasarkan kerana kita secara hakikatnya belum memulakan perjalanan. Menurut Syaikh Salih bin Fauzan:

Jika anda sembahyang Asar dan Zuhur dengan jamak taqdim sedangkan waktu itu anda masih berada di rumah, maka anda harus menunaikan sembahyang tersebut dengan sempurna (tidak menqasarkan), iaitu empat rakaat baik untuk sembahyang Zuhur mahupun Asar.

Sembahyang qasar bererti memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak. Dalil yang mengsyari’atkan sembahyang qasar adalah Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.


Mungkin akan timbul persoalan di kalangan para pembaca bahawa adakah dengan keadaan semasa yang aman damai tanpa ancaman dari orang kafir maka sembahyang qasar ini tidak disyari’atkan lagi? Untuk menjawab persoalan ini kami membawa sebuah riwayat dari Ya’laa bin Umayyah radhiallahu 'anhu, dia berkata:

Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radhiallahu 'anhu berkenaan dengan firman Allah
“maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang
oleh orang-orang kafir” ; sedangkan pada masa sekarang ini manusia telahpun berada dalam keadaan aman.”
Umar menjawab: “Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda:
Itu adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya.”



Di atas keumuman lafaz firman Allah Subhanahu wa Ta'ala tersebut dapat kita fahami bahawa apabila seseorang itu berada dalam satu perjalanan yang dianggap sebagai safar, secara automatik dia dibenarkan untuk mengqasarkan sembahyang tanpa sebarang syarat tambahan.

Saturday 20 February 2010

sIfAt lAhIr dI bUlAn fEbrUArI


Sifat Bulan Lahir untuk bulan Febuari ialah:

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.

Saturday 6 February 2010

hArI KiaMaT



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berl ain an :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa..... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang .
Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."