Sunday 2 March 2014

Wang aku, wang aku..wang kamu wang aku????



 Photo from Google

Pasti ada diantara kita pernah bersangka atau mengalami keadaan seperti Tajuk entry Baiti kali ini. Entry kali ini Baiti nak berkongsi pengetahuan dengan semua melalui bebrapa sumber yang Baiti dapat iaitu dari Laman Soal Jawab Agama & Dakwah. Entry kali ini bukan untuk menyalahkan kaum Adam, tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengetahuan. Berdosa jika kita dah tahu sesuatu perkara itu dan tidak diberitahu pada yang lain yang mungkin masih belum mengtahuinya, betul tak? Kerana perkara seperti ini akan dilalui oleh kita cuma caranya mungkin berbeza. Atau kita pernah buat tapi kita tidak sedari akan perbuatan itu, dan kemudian menjadi pertanyaan kepada diri sendiri mengenai kesalahan yang dilakukan itu adakah boleh atau tidak.

Apakah berdosa jika kita mengambil duit suami tanpa pengetahuannya?
Hukum mengambil duit suami tanpa pengetahuannya untuk tujuan perbelanjaan harian makan minum dan persekolahan anak-anak telah dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Ini dapat difahami daripada satu peristiwa apabila Hindun binti Atabah isteri Abu Sufian, sahabat Rasulullah telah datang bertanya masalah yang sama kepada Baginda. Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya. (maksud hadis).
Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah. Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.
Sikap kikir ini banyak diamalkan oleh sesetengah hartawan kita hari ini tetapi mereka lebih bersikap dermawan di luar kerana inginkan kemasyhuran. Perintah Rasulullah tadi menunjukkan boleh diambil duit suami tanpa kebenarannya, sekiranya pemberian suami masih tidak dapat memenuhi keperluan isteri serta anak-anaknya.
Pengambilan ini tidak dibenarkan melebihi dari keperluan tetapi sekadar mencukupi sahaja. Kalau melebihi keperluan ia adalah haram.

Daripada hadis di atas juga banyak pengajaran yang dapat kita fahami antara lain:

Pertama: Kita boleh menceritakan tabiat buruk seseorang kepada mereka yang berkenaan dan yang berkaitan sahaja tetapi umat Islam dilarang mengumpat sesama saudara Muslim.
Kedua: Harus mendengar pengaduan buruk yang disampaikan untuk pengadilan dan mendapat kepastian sesuatu hukum.
Ketiga: Boleh mengambil untuk sekadar perbelanjaan bagi sesuatu urusan yang perlu sahaja. Sekalipun tanpa pengetahuan mereka (suami).

Pendapatan atau Harta Si Isteri.
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Harus ia membelanjakannya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu bukan munkar dan maksiat (jika tidak, harus suami menegahnya atas dasar kewajipan mencegah isteri dan keluarga dari melakukan munkar dan maksiat, bukan atas dasar harta itu miliknya). Begitu juga, tidak harus suami mengambil harta milik isteri melainkan dengan kerelaan dari isteri. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).

Dalam penggunaan harta, para ulamak menegaskan bahawa, suami tidak berhak menghalang isterinya yang berakal dan cerdik berbelanja dari hartanya sendiri dalam perbelanjaan yang berbentuk tukaran seperti berjual-beli, memberi upah dan sebagainya. Jika isteri tidak cerdik (yakni ada kemungkinan ia akan ditipu dalam perbelanjaannya), haruslah suami menghalangnya. Mereka (yakni para ulamak) hanya berikhtilaf dalam masalah perbelanjaan yang bukan berbentuk tukaran; iaitu sedekah, hibah/hadiah dan sebagainya (yakni adakah harus isteri memberi sedekah atau hadiah tanpa izin suami?).

Kebanyakan ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Hanbali dan Hanafi) berpendapat, tidak wajib isteri mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu untuk bersedekah dari duitnya, yakni diharuskan ia bersedekah dari duitnya sendiri tanpa wajib memohon keizinan suaminya terlebih dahulu atau tanpa memberitahunya. Mereka berdalilkan –antaranya- hadis yang menceritakan; Isteri Nabi iaitu Maimunah binti al-Harith r.a. membebaskan seorang hamba perempuannya tanpa memberitahu Nabi s.a.w.. Apabila tiba giliran Nabi bersamanya, ia berkata kepada Nabi; “Tidakkah kamu perasan aku telah membebaskan hamba perempuanku?”. Nabi berkata; “Benarkah”. Maimunah menjawab; “Ya”. Nabi lalu berkata kepadanya; “Jika kamu menghadiahkan hamba itu kepada ibu-ibu saudara kamu nescaya pahalanya lebih besar lagi”. (HR al-Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak menyimpulkan; harus isteri berderma atau berbuat kebajikan dari duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya. Jika perkara tersebut diharamkan tentu Nabi akan melarang isterinya (Maimunah) dari membebaskan hamba tersebut tanpa pengetahuannya. Oleh kerana tiada larangan dari baginda, itu menunjukkan bahawa perbuatan Maimunah itu adalah harus di sisi Syarak

Soalan
1. Bolehkah suami menggunakan wang isterinya (dlm jumlah yg banyak) hanya utk membayar hutang2nya dan membantu keluarganya di kg? 2. Apakah hukum isteri menyembunyikan jumlah wang simpanan dari pengetahuan suami krn dikuatiri akan diminta oleh suami? 3. Bolehkah isteri menyimpan wang secara senyap utk tujuan menunaikan haji? Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan
Merujuk soalan di atas; 1. Suami tidak harus mengambil wang/harta milik isteri untuk membayar hutangnya atau untuk perbelanjaan lain melainkan dengan kerelaan isteri. Adalah harus isteri menghalang suami dari mengambil harta miliknya dan itu tidak dianggap nusyuz. 2. Harta isteri adalah miliknya. Ia berhak menyembunyikannya dari diketahui oleh orang lain –termasuk suami- apatahlagi jika ada maslahah untuk ia berbuat demikian. 3. Menyimpan untuk mengerjakan haji tanpa diketahui suami juga harus jika wang simpanan itu datang dari milik isteri.

Apa yang dinyatakan di atas adalah dari segi keharusan. Adapun yang sebaiknya –untuk menjaga keharmonian rumahtangga- isteri hendaklah seboleh-bolehnya tidak membelakangi suami dalam segala hal kecuali jika tidak dalam dapat dielakkan. Terdapat hadis memceritakan; Rasulullah pernah ditanya; “Apakah ciri-ciri isteri terbaik?”. Baginda menjawab; “Isteri yang menggembirakan suami apabila ia melihatnya, yang mentaati suaminya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyanggahi suaminya pada dirinya dan hartanya” (HR Imam Ahmad, an-Nasai dan al-Hakim dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4045).

zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:

“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Kalau suami terjaga, buat-buatlah cium dahinya. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”. Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.
Tahukah Anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)
Sumber dari Laman : PelikbinAjaib


Wallahu a'lam..

Tuesday 25 February 2014

Tips amalan surah dan doa untuk anak

Assalamualaikum w.b.t

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
 
 

Monday 24 February 2014

Apakah benda paling ringan di dunia?

Wahai anakku,

Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum.
Wahai anakku,

Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi.

Wahai anakku,

Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum.
Wahai anakku,

Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.”
“Apa dia?” 

“Meninggalkan solat. Setelah melihat anakku yang kecil terlupa solat ketika alpa bermain di depan komputer baru-baru ini, baru anakanda tersedar, itulah perkara yang paling ringan di dunia dan bukannya jawapan kebendaan yang anakanda beri selama ini.”

Abah tersenyum lagi, kali ini senyuman kepuasan. 


Thursday 20 February 2014

What Do U think when sagitarius in loved wit pieces

When Sagittarius and Pisces join together in a love match, a relationship of realized dreams is formed. Sagittarius is more of a thinker and philosophizer, easily drifting around from one pursuit to the next. Pisces is more inward, involved in the shifting of their own mindscape. They are opposites in some respects, and to outsiders may seem an unlikely pair. But as their love for one another grows, they are more likely to be able to satisfy the philosophical cravings of the other and maintain a healthy relationship.
Sagittarius is outgoing and versatile, and in a relationship with Pisces often comes to the defense of their gentler partner. Pisces, in turn, gives Sagittarius subtle understanding and a place to escape from their tireless endeavors. Pisces is a Sign that, like Water, adapts easily to its surroundings; Pisces tends to focus much energy on understanding and sympathizing with their partner. They are often more patient with Sagittarius’s aloofness than other Signs. Sagittarius’s active pursuit of knowledge combines with Pisces’s gentle compassion towards others to give both partners a self-awareness that doesn’t pass into egocentricity and isn’t overly accommodating, such as Pisces alone may be.
Sagittarius and Pisces are both ruled by the Planet Jupiter. Pisces is also ruled by Neptune. Jupiter brings exploration and outreach to both Signs. Pisces is concerned with this aspect in an abstract sense; they often find themselves trying to save the world (perhaps in the form of recycling or environmentalism). Sagittarius, on the other hand, prefers to broaden their horizons through academics. Neptune is about big pictures, ideas and illusions; but it’s also involved with disillusion and fantasy. Sagittarius can help Pisces plant its feet on the ground. Jupiter works through Pisces to put a gentler touch on Sagittarius’s occasional hotheaded outbursts.
Sagittarius is a Fire Sign and Pisces is a Water Sign. These two elements can form a great couple if they give in a little, using innate understanding of situations and people to get matters resolved. Pisces can offer Sagittarius direction and help them learn to be gentler, while Sagittarius teaches Pisces to go out and explore the world. This couple will enjoy traveling together. Pisces can be emotionally draining for the Archer at times, too much Water dampening Sagittarius’s fiery spirit. Conversely, too much Fire can boil the Water and leave Pisces steaming. Sagittarius and Pisces must use their perceptive skills to enhance the relationship, always focusing on what the other needs.
Sagittarius and Pisces are both Mutable Signs. Neither partner feels a need to dominate the relationship. They enjoy equality and like to see their ideas come to fruition. Pisces gets great happiness from helping Sagittarius. Sagittarius and Pisces enjoy dreaming up ideas and putting them into action. No one is preoccupied with end results; for this couple, the fun is in the journey! A lack of conflict over roles helps Sagittarius and Pisces work toward the same goals with great success.
What’s the best aspect of the Sagittarius-Pisces relationship? It’s that they can benefit from one another’s wisdom and at the same time get along so well together. Pisces shows Sagittarius how to empathize and care; Sagittarius teaches Pisces how to turn fantasy into reality! The ability of each to provide what the other lacks makes theirs a truly reciprocal relationship

Law Kaana Bainana dengan Terjemahan Bahasa Melayu

Terkasima bila mendengar lagu nie....
Makin menghayati... makin mencintai nadanya...
Dan terpanggil aku untuk mencari2 lirik lagunya...
Membuatkan aku mendengar lagu ini setiap hari di pejabat..

LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab ------------------------------------------------------------------- عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك