Monday 30 March 2015

UMRAH ZIARAH MAC 2014 - Part 1

Assalamualaikum....

Berkurun lamanya tak berkunjung di blog sendiri. tiba-tiba rasa terpanggil untuk menyimpan segala memori di sini, mungkin suatu hari nanti akan menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga.. kenangan yang perlu kita ingati hingga akhir hayat kita...

Syukur Alhamdulillah, rasanya semua orang Islam di dunia ini ingin menjejakkan kaki mereka ke tanah suci. memohon keampuan di depan Kaabah adalah satu peristiwa besar yang semua orang impikan. Tak di duga dan tak di sangka2, mengapa hati ini terdetik untuk ke sini. kata orang kerana kita di jemput oleh Nya maka inilah yang terjadi....

Kata orang, ada orang yang punya duit banyak sekali pun, jika Allah S.W.T tidak mengizinkan dan menjemputnya, maka belum jua terbuka pintu hati mereka untuk ke sini... terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menjemput ku bersama suami ku menjami tetamu Mu.


PENGESAHAN MAKLUMAT TEMPAHAN PAKEJ UMRAH ZIARAH TRANSIT JORDAN
         21 MAR 2014 – 02 APR 2014 (13 HARI 10 MALAM) PENERBANGAN ROYAL JORDANIAN (RJ)

 (** TERTAKLUK PADA KELULUSAN VISA UMRAH DARI KERAJAAN ARAB SAUDI **)

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada penempahan pakej umrah tuan / puan.  Jadual penerbangan adalah dijangkakan adalah seperti berikut :                        

NO PENERBANGAN
TARIKH
HARI
DESTINASI
BERLEPAS
KETIBAAN
TRANSIT
RJ 181
21 MAR 2014
JUMAAT
KUL-AMM
2220(10.20 MLM)
0515+1(5.15 PG)
BANGKOK
RJ 704
23 MAR 2014
AHAD
AMM-JED
0130( 01.30 PG)
0435(04.35 pg)
-
RJ 721
01 APR 2014
SELASA
MED-AMM
2315(11.15 MLM)
0100+1(1.00 PG)
-
RJ 180
02 APR 2014
RABU
AMM-KUL
0210(2.10 PG)
1925(07.25 PTG)
BANGKOK
Jemaah akan dijangka tiba di KLIA Pada 02 APR 2014 (RABU) Jam 7.25 PETANG

Dengan pakej ini maka kami berdua membuat keputusan untuk meninggalkan dunia kerja buat seketika, demi mencari kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, ketaqwaan dalam diri ini agar iman di dada semakin kuat dan sentiasa mengingati mu Ya Allah dalam apa jua perhitungan ku di dunia Mu ini.

Kisah Setahun lepas, pada bulan yang sama, 21 Mac 2014 penerbangan kami dr KLIA ke AMMAN. Kami di jangka berlepas pada jam 10.20 mlm.

Nak di jadikan cerita, pada hari tersebut berlaku perkara yang tidak di duga.... huhuhu... nak buat mcm mana, kena harung dan tempuh jua. kebetulan pula hari ni adalah hari jumaat, memang hari jem yang teramat sgt dan aku pula kena ambil anak saudara ku - Mira yang dari nilai untuk turut serta kami ke KLIA.  

Setibanya Mira di stesyen komuter batu 3, dia menunggu aku untuk mengambil nya dan bawa ke rumah. malangnya keadaan jalan raya ketika itu, makk aiiihh... x gerak .. rsanya jalan kaki lagi laju kot.. jadi nya aku menyuruh Mira untuk mengambil teksi aje menuju ke Giant seksyen 13. Aku tunggu dia di situ, kalu aku yg ke batu 3 mau sejam baru smpi, nk kuar dr batu 3 pulak mau sejam lgi..

Tunggu punya tunggu tak jugak tiba2, jam di tangan menunjukkan hampir jam 6. suamiku dan ahli keluarga semua menanti kepulangan kami.... waduhhh.... dugaan nie... brg masih ada yg belum di packing.. gi mana nie...jenuh menunggu si Mira akhirnya kami semua membuat keputusan untuk terus sahaja ke KLIA. Jadi, aku x perlu balik ke rumah, mrk sahaja terus gerak dari umah terus ke KLIA dan kami pun terus ke KLIA. 
Mula je memasuki tol Shah Alam, kereta bergerak sedikit demi sedikit... mcm siput gitu... rasa dalam hati nk terbang ajer... konon plan la nak smpi awal kt KLIA... tp apakan daya.. dugaan dtg lebih awal.... hehehhe...

kami pun meneruskan perjalanan dan akhirnya kami bertembung di atas highway NKVE.... berlumba kami smbil mengejar masa... sepatutnya kami kena berada di KLIA pada jam 6.30 ptg... mmg kompem tak sempat la kan... tawakal ajer pada Allah, moga flight menunggu kami. jika di takdirkan ada rezeki kami d ctu.. in shaa Allah... jd teruskan perjalanan dengan tenang.... walaupun sebenarnya dalam hati... TAKOTTTTTTT.......RISAU........ BERDEBAR-DEBAR........
BERSAMA IBU DAN ABANG-ABANGKU
BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA
IBU TERCINTA

BUAH HATI IBU AYAH