Bismillahirrahmanirrahim...
Sering cepat marah, mudah melenting...Mari amalkan doa ini...
"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji & kesejukan & air yang sejuk.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran."
(Riwayat al-Tirmizi no.3556, hasan sahih gharib)
Keterangan dan Petua Beramal
Menurut
Imam al-Tirmizi, daripada Ahmad bin Ibrahim al-Dawraqi, daripada Umar
bin Hafas bin Ghiath, daripada bapaku, daripada Hassan bin 'Ubaidillah,
daripada 'Atha' bin al-Sa'ib, daripada Abdillah bin Abi Aufa, bahawa
Nabi s.a.w. berdoa dengan doa di atas untuk mengawal diri daripada sifat
panas baran.
Tujuan beramal dengan doa ini
ialah supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara luar
jangkaan akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak.
Imam
al-Ghazali membincangkan sifat marah ini menerusi perbincangan tentang
sifat mazmumah. Sifat mazmumah ini biasanya berpunca daripada hati yang
kotor sehingga beranggapan dirinya sempurna dan orang lain serba kurang.
Justeru, dia sentiasa memperlekehkan orang lain.
Antara saranan Nabi s.a.w. agar mengurangkan risiko marah itu ialah dengan berta'awwuz daripada gangguan syaitan (mengucap a'uzubillahi minassyaitonirrajim),
mengambil wuduk dan mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk,
daripada duduk kepada berbaring. InsyaAllah, dengan cara demikian dapat
mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih buruk.
No comments:
Post a Comment