Monday 14 March 2011

ADUHAI ISTERI ADUHAI SUAMI

Pesanan Buat Isteri Tercinta

  • Taatlah akan Allah SWT & Rasulullah SAW.
  • Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak-hak yang lain melainkan hak-hak Allah SWT dan RasulNya.
  • Taatlah Suamimu dengan seikhlas ketaatan
  • Hormatilah suamimu dengan sepenuh penghormatan
  • Kasihlah suamimu dengan selaut kecintaan
  • Berterima kasihlah terhadap suamimu akan rezeki dari Allah SWT yang diusahakan olehnya serta berpuashatilah dengan kemampuan suami
  • Hormatilah ahli keluarga suami & sanak saudaranya
  • Utamakanlah kewajipanmu & urusan rumahtanggamu
  • Jagalah maruah suamimu & rahsiakanlah perihal rumahtanggamu
  • Sembunyikanlah perhiasanmu selain untuk tatapan suami junjungan jiwa
  • Jagalah langkahmu & jangan sekali-kali mengenepikan izin suami
  • Janganlah mendabik bangga terhadap suami akan hartamu, kecantikanmu dan keturunanmu.

Pesanan Buat Suami Tersayang

  • Taatlah akan Allah SWT & Rasulullah SAW.
  • Dirikanlah rumahtanggamu dengan niat mencari redha Ilahi bukan kerana nafsu runtunan hati
  • Tuturkanlah kalammu dengan kalimah indah & nasihatlah isterimu dengan bicara hikmah
  • Layanilah isterimu dengan setulus kelembutan. Sesungguhnya sebaik-baik suami adalah yang berlemah lembut terhadap suami
  • Bersihkanlah dirimu & hiasilah untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu
  • Jagalah perasaannya & janganlah memuji wanita lain di hadapannya & janganlah mengejinya di hadapan orang lain
  • Bertimbangrasalah kamu & jangan menuntut sesuatu yang di luar kemampuan isterimu
  • Janganlah memukul isterimu dengan pukulan yang menyakitkan. Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya.
  • Pertimbangkanlah kemampuan isterimu agar terjaga kewibawaanmu
  • Bersabarlah atas kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci yang Allah SWT menjadikan kebaikan yang banyak padanya.

No comments:

Post a Comment