Tuesday 29 March 2011

Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia

Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia

Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.


Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment