Monday 31 January 2011

kekalutan di Mesir

PENUNJUK perasaan anti kerajaan berarak sambil membawa sepanduk wajah Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diberi gambaran berupa Adolf Hitler, di Dataran Tahrir, Cairo, hari ini. Jalan raya sekitar Cairo dilimpahi penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan sejak seminggu lalu

PENUMPANG berhimpit-himpit ketika menunggu di balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, awal pagi tadi selepas kebanyakan negara meminta warganya keluar dari Mesir berikutan ketegangan semakin memuncak meminta pengunduran Presiden Hosni Mubarak yang memasuki hari ketujuh, hari ini. Mubarak turut mengeluarkan perintah masa perintah berkurung dilanjutkan di Kaherah, Alexandria dan Suez bermula 3 petang hingga 8 pagi

ini lah masalah yang melanda skrg nie.....kesian betul....
smua org-org kelam kabut dan berebut2 seolah2
mcm ada rusuhan pulak kat airport tu....
tp hakikatnya masig2 cuba utk mengundurkan diri dari Mesir...

apa pun syukur alhamdulillah...my sis in law sempat kuar dari kekalutan tu...
dah la rusuhan nie berlaku betui2 bawah umah dier....
bertindak awal keluar dr ctu 3 jam sebelum keluarnya perintah berkurung,
akhirnya smpi jugak dier ke tanah Malaysia nie...
syukur sgt...

No comments:

Post a Comment