Tuesday 4 January 2011

Merangsang Minda Anak 0-2 Tahun


Mengagah bukan semata-mata untuk buat bayi ketawa. Terokai bagaimana cara yang betul.

Berkomunikasi melalui mata, jika teknik ini dilakukan anda pasti akan mengalami perasaan seolah-olah anak kecil anda ingin menyampaikan sesuatu.
Teknik RBW. Teknik apakah ini? Bayi akan mula memberi respons terhadap teknik ini bermula pada umur 6 bulan.
Teknik F____ C_____. Teknik ini akan membuatkan otak kanan anak anda berkerja keras, tapi ia menyeronokkan. (Anda tahu tak apa fungsi otak kanan? Otak kiri adalah untuk menyimpan maklumat yang dihafal bagi jangka masa pendek atau short term memory, melalui pengulangan yang berterusan, ia akan dipindahkan ke otak kanan, long term memory. Bayangkan jika kita mampu optimasikan penggunaan otak kanan anak kita. Ia harus bermula dari awal umur mereka)
Geletek. Seperti mana mengagah, ia bukan semata-mata untuk buatkan bayi ketawa. Ia juga satu bentuk rangsangan. Tapi bagaimana caranya dan untuk apa?
Biarkan bayi membuat pilihan? Boleh ke? Teknik ini merangsang daya kreativiti bayi anda.
Aktifkan minda anak dengan berbicara dengan mereka. Kemudian perhatikan....

Teknik bacaan melalui sentuhan. Menurut kajian, bayi berusia lapan bulan sudah boleh mengenal turutan dalam sesuatu cerita.

Menurut Dana Zohar dan Ian Marshall, Spiritual Quotient adalah aras kecerdasan tertinggi dalam manusia. Oleh itu, aktiviti memperdengarkan bayi al-Quran dan zikir dapat meningkatkan Spiritual Quotient. Tahukah anda apa zikir yang diajurkan ketika membuai bayi? La Ilaha Illallah adalah semestinya. Tetapi ada satu lagi zikir yang khusus untuk dialunkan ketika bayi dalam buaian, zikir ini adalah doa yang sama ketika memakai serban ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Gerakan dan alunan tubuh bayi dapat merangsang minda mereka. Tapi kita sebagai ibubapa yang perlu mulakan, bagaimana?

No comments:

Post a Comment